Posts

Showing posts from October, 2020

Sambal Epal Hijau Ala Sambal Pauh

Image
Disebabkan epal hijau banyak sangat dalam peti sejuk takda siapa yang nak makan, so saya try olah jadi sambal epal. Sedap jugak rasanya😋 Rasa masam, manis,pedas dan masin🤤Saya makan dengan nasi putih panas² tadi lajak 3 pinggan jugak hihi🤭 Ramuan 3-4 orang Seekor ikan kembung (direbus dengan asam keping) 2 biji epal hijau (dikupas kulitnya, hiris memanjang kasar²) Cili padi (ikut tahap kepedasan masing²) Sedikit garam Langkah 1. Ikan kembung yang telah disiang dicuci bersih. Kemudian direbus dengan asam keping. Bila ikan dah masak, angkat dan biarkan ia sejuk seketika. 2. Apabila ikan rebus sudah sejuk, perisi isi ikan sahaja. 3. Tumbuk cili padi dan sedikit garam menggunakan lesung batu. Apabila cili tadi sudah lumat, masukkan isi ikan dan tumbuk sekejap je. Then masukkan epal hijau dan tumbuk kasar. 4. Bila semua bahan sudah ditumbuk, gaul menggunakan sudu agar bahan² tadi sebati. 5. Siapp! Bagi sesiapa yang nak lagi masam bolehla tambah perahan limau nipis, saya tak tambah pun se

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake (Loyang saiz 8 inci)

Image
Bahan Base (Asas): 90gm mentega tanpa garam (unsalted butter) 13 keping biskut Lotus Biscoff Bahan Filling Krim Keju: 500gm krim keju ( suhu bilik) 200ml krim putar (whipping cream) 1-2 sudu makan gula ising (terpulang) 1 sudu teh esen vanilla 2 sudu makan Lotus Biscoff Spread Bahan topping: 7 sudu makan Lotus Biscoff Spread 2-3 keping biskut Lotus Biscoff (hancurkan untuk topping atas) Cara memasak: 1. Untuk menyediakan lapisan asas (base), hancurkan biskut Lotus Biscoff hingga separa halus. Caranya ialah dengan masukkan biskut ke dalam plastik dan ketuk guna lesung batu hingga hancur. 2. Masukkan biskut ke dalam mangkuk dan ketepikan. 3. Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan biskut hancur tadi. Gaul rata. 4. Masukkan biskut yang dicampur mentega tadi ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik dengan parchment paper. Tekan dan padatkan. 5. Simpan dalam peti sejuk dan buat pula filling krim keju. Untuk membuat Filling Krim Keju: 1. Pukul krim keju menggunakan pengadun hing

Resepi Desert Ala2 Cha Bang Ang

Image
Dessert petang ni.. Ala2 Cha Bang Ang.. Macam biasa la bila ramai2 dekat rumah ni, baik beli barang2 dan buat sendiri..modal baru RM15 boleh makan utk 10 orang,siap boleh bertambah.. Resepi: 1 cawan susu kotak full cream  1 tin susu cair 1 tin susu pekat 1/2 peket biji selasih  1 tiub cincau 2 sudu besar air gula merah 1 sudu kecil esen vanilla Secubit garam Ais kiub secukupnya Cara-caranya: Masak susu cair,susu pekat,esen vanilla dan secubit garam..masak sekejap ja bg suam2 dan sebati.. Potong cincau  Rendam selasih Satukan semua bahan dan sedia untuk dihidang.. Sedappppp rugi tak cuba! Kredit: Maya Miera

Resepi talam kaswi keladi

Image
Assalamualaikum.. Terima kasih yg empunya resepi. Menjadi gedikk dia.. 😅😅Talam kaswi keladi.. 2cwn tepung gandum 1cwn tepung ubi 1cwn gula castor.. Kku nk mnis sikit tmbh lagi stengh cwn Santan pekat 200ml..campur air jadi 5cwn Esen keladi Pewarna keladi 1sdk air kapur Campur semua bhn.. Kacau hingga x berketul Kalau nk kaler cam saya. Msuk sikit Red velvet emulco sikit je tau Tapis.. Pnskn kukusan Sapu minyk pada loyg Lapik plastik Kukus 45minit 15minit nk msk. Bukk je tudung kukusan.. Biar air kering atas permukaan kuih.. Kelapa parut putih. Gaul sikit grm kukus sekejsp Sejuk kn dahulu kaswi bru potong Kredit: Iedaa Jahaya

Asam pedas daging tetel 😘

Image
Bahan2 1 kg daging tetel 15@20 tangkai cili kering* Bwg merah kecik 4 biji * Bwg putih 5 ulas* Halia 1 inci* Lengkuas 1 inci * Kunyit hidup 1 inci * Belacan 1 inci * 1 sudu kecil lada hitam * 1 sudu kecil jintan manis* 1 sudu kecil jintan putih* 1 mangkuk air asam jawa Gula melaka(sy guna sikit jer, x suka manis sgt) Garam secukupnya Daun limau purut (buang tulang tengah) 3 btg serai ketuk join telegram untuk dapatkan lebih Banyak rasepi sedap sedap klick link https://t.me/joinchat/Heb3PhdbfLRRUyyFxC5AEw Caranya -rendam dlm air panas cili kering, jintan & lada hitam  -kisar bahan2 bertanda * sehingga halus -panaskan minyak tumis bahan2 yg di kisar td smp garing -masukkan daging tetel.. masak smp keluar air daging td -masukkan air asam jawa, serai yg diketuk n daun limau purut -rasakan dgn garam n gula melaka.. masak smp daging empuk -blh jgk kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jgn dibuang blh masukkan dlm kuah nt Selamat Mencuba! kredit:amylianamohdnoor

Resepi Air Asam Ketagih

Image
Kenapa saya letak namanya ketagih?  Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari- hari. Rasanya memang sedap gilaaa. Kawab fb saya semua dah pakat share resepi ni. Terliur kata mereka.  Rugi pula rasa tak panjangkan untuk kawan MAHN. Sebenarnya versi ini saya buat untuk diet. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semua ngamm. Pesanan terakhir,  rugi sangat tak cuba. Hii Ikuti resepinya di bawah okay. Cara-cara: 1. Sediakan bahan-bahan berikut. - 2 biji bawang merah - 1 biji bawang besar Holland - 1 biji tomato - 3 ulas bawang putih - 2 inci belacan Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.  2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan; - 1 biji lemon Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.  - 3 tangkai cili padi hijau - 3 tangkai cili padi merah 3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa. (Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air) * Ikut kepekatan yang diingini* 4. Masukkan juga 1 sudu be

Resepi Ayam goreng Berempah

Image
Ayam goreng Berempah Ramuan 1 ekor Ayam Segengam /5tangkai Daun kari 6 batang Serai(blend kasar/tumbuk) 3 inci Halia (blend halus) 5 biji Bawang merah (blend halus 7 ulas bawang putih (blend halus) 3 tbsp Serbuk kari ayam 2 tbsp Serbuk kunyit 2 tbsp Serbuk cili 2 tbsp Serbuk ketumbar* 1 tbsp Serbuk Jintan manis* 1 tbsp Serbuk Jintan putih * Garam secukupnya Minyak untuk mengoreng Langkah 1. Potong ayam mengikut saiz yang sesuai dan ikutlah selera anda. Lalu cuci dan toskan. 2. Blendkan bahan-bahannya. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan yang di kisar kasar. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain. 3. Setelah itu, Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah. Tips :-Kalau nak pastikan ayam masak dengan s

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN KAMPUNG STYLE

Image
Bahan-bahan 1 ekor ikan patin (angaran 1kg) 4 biji bawang merah 5 biji cili padi 1 inci kunyit hidup 2 batang bunga kantan 1 senduk tempoyak 2 keping asam keping Garam dan gula secukup rasa 500ml air putih Cara Penyediaannya 1. Bersihkan ikan dengan asam limau or asam keping untuk elakkan bau hanyir. Tumbuk kasar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup. 2. Masukkan 500ml air ke dalam periuk. Ambil 1 senduk tempoyak dan kacau sebati sebelum masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi. 3. Panaskan atas api yang sederhana. Tunggu sehingga ia mendidih baru masukkan ikan patin tadi. 4. Biarkan seketika bagi ia mendidih dalam 3 minit baru masukkan asam keping, gula dan garam. Gaul sebati dan biarkan ia mendidih lagi. 5. Last sekali masukkan bunga kantan dan biar ia sebati. Kalau nak tambah daun kesum pun boleh. Cheyah takde tu tak guna dalam resepi ni. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba! Credit : Bahiah Saripuddin

HOKKAIDO baked Cheese Tart Durian.

Image
My favourite. Kalau beli mahal. Buat sendiri lagi puas hati 😁 Resepi Kulit Tart 100 gm marjerin 30 gm gula kaster 150 gm tepung gandum 1 kuning telur grade B Cara Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata. Masukkan kuning telur, kacau sebati. Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut. Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese tu Filing Cream Cheese 250 gm cream cheese 200 gm isi durian 40 gm mentega 1 putih telur 1 sudu kecil esen vanila 1 kuning telur untuk sapuan 120 gm dairy whipping cream 60 gm gula kaster Cara Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk. Whisk di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul. Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanila. Kacau rata. Kalau berketul saya kacau pakai mixer hingga licin. Masuk kan dalam plastic piping dan fill dalam tart

RESEPI CENDOL LARISS 😋

Image
Cara-cara buat CENDOL Bahan-bahannya : 5 Sudu makan - Tepung beras 1 sudu makan - Tepung gandum 1 sudu makan - Tepung pulut 10 helai daun pandan diblend - ambil air sahaja. Cara-caranya : 1. Campur semua tepung kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan. 2. Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak. 3. Sambil menunggu air mendidih, ambil plastik putih yang macam kedai guna untuk bungkus sup. Ambil gunting, gunting bucu dia sahaja (sikit je). Senang nak buat cendol. Tak payah nak guna barang lain. Apa ada dekat rumah je. 4. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Terpulang kepada individu panjang mana nak tekan. Bila cendol dah kembang dan masak. 5. Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu. Dah siap bab cendol. AIR CENDOL Bahan-bahan : 1 Kotak S