Resepi Air Asam Ketagih




Kenapa saya letak namanya ketagih? 

Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari- hari. Rasanya memang sedap gilaaa.

Kawab fb saya semua dah pakat share resepi ni. Terliur kata mereka.  Rugi pula rasa tak panjangkan untuk kawan MAHN. Sebenarnya versi ini saya buat untuk diet. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semua ngamm.

Pesanan terakhir,  rugi sangat tak cuba. Hii

Ikuti resepinya di bawah okay.

Cara-cara:

1. Sediakan bahan-bahan berikut.

- 2 biji bawang merah

- 1 biji bawang besar Holland

- 1 biji tomato

- 3 ulas bawang putih

- 2 inci belacan

Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick. 

2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;

- 1 biji lemon

Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah. 

- 3 tangkai cili padi hijau

- 3 tangkai cili padi merah

3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.

Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.

(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)

* Ikut kepekatan yang diingini*

4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan. 

- Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan. 

* Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan. 

Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan  perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

Selamat mencuba.
















Kredit: Afy AL Habibi

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN LOLOL RIDER

HOKKAIDO baked Cheese Tart Durian.

RESEPI KEK LUMUT CHEESE