Resepi Ayam goreng Berempah




Ayam goreng Berempah

Ramuan

1 ekor Ayam

Segengam /5tangkai Daun kari

6 batang Serai(blend kasar/tumbuk)

3 inci Halia (blend halus)

5 biji Bawang merah (blend halus

7 ulas bawang putih (blend halus)

3 tbsp Serbuk kari ayam

2 tbsp Serbuk kunyit

2 tbsp Serbuk cili

2 tbsp Serbuk ketumbar*

1 tbsp Serbuk Jintan manis*

1 tbsp Serbuk Jintan putih *

Garam secukupnya

Minyak untuk mengoreng


Langkah

1. Potong ayam mengikut saiz yang sesuai dan ikutlah selera anda. Lalu cuci dan toskan.



2. Blendkan bahan-bahannya. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan yang di kisar kasar. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.

3. Setelah itu, Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah. Tips :-Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.

4. Angkat ayam dan toskan. Lalu siap sedia untuk di hidang. Sangat sedap di nikmati bersama nasi lemak, nasi minyak, nasi kukus atau pun nasi putih yang panas pun mantap. Di tambah pulak dengan kuah kari ayam dan sambal belacan πŸ˜‹πŸ˜‹.




Kredit: Ahlia Syed Firdaus

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN LOLOL RIDER

HOKKAIDO baked Cheese Tart Durian.

RESEPI KEK LUMUT CHEESE