RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN KAMPUNG STYLE




Bahan-bahan

1 ekor ikan patin (angaran 1kg)

4 biji bawang merah

5 biji cili padi

1 inci kunyit hidup

2 batang bunga kantan

1 senduk tempoyak

2 keping asam keping

Garam dan gula secukup rasa

500ml air putih

Cara Penyediaannya

1. Bersihkan ikan dengan asam limau or asam keping untuk elakkan bau hanyir. Tumbuk kasar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup.

2. Masukkan 500ml air ke dalam periuk. Ambil 1 senduk tempoyak dan kacau sebati sebelum masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi.

3. Panaskan atas api yang sederhana. Tunggu sehingga ia mendidih baru masukkan ikan patin tadi.

4. Biarkan seketika bagi ia mendidih dalam 3 minit baru masukkan asam keping, gula dan garam. Gaul sebati dan biarkan ia mendidih lagi.

5. Last sekali masukkan bunga kantan dan biar ia sebati. Kalau nak tambah daun kesum pun boleh. Cheyah takde tu tak guna dalam resepi ni.

Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!










Credit : Bahiah Saripuddin

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN LOLOL RIDER

HOKKAIDO baked Cheese Tart Durian.

RESEPI KEK LUMUT CHEESE