Sambal Epal Hijau Ala Sambal Pauh
Disebabkan epal hijau banyak sangat dalam peti sejuk takda siapa yang nak makan, so saya try olah jadi sambal epal. Sedap jugak rasanya😋
Rasa masam, manis,pedas dan masin🤤Saya makan dengan nasi putih panas² tadi lajak 3 pinggan jugak hihi🤭
Ramuan
3-4 orang
Seekor ikan kembung (direbus dengan asam keping)
2 biji epal hijau (dikupas kulitnya, hiris memanjang kasar²)
Cili padi (ikut tahap kepedasan masing²)
Sedikit garam
Langkah
1. Ikan kembung yang telah disiang dicuci bersih. Kemudian direbus dengan asam keping. Bila ikan dah masak, angkat dan biarkan ia sejuk seketika.
2. Apabila ikan rebus sudah sejuk, perisi isi ikan sahaja.
3. Tumbuk cili padi dan sedikit garam menggunakan lesung batu. Apabila cili tadi sudah lumat, masukkan isi ikan dan tumbuk sekejap je. Then masukkan epal hijau dan tumbuk kasar.
4. Bila semua bahan sudah ditumbuk, gaul menggunakan sudu agar bahan² tadi sebati.
5. Siapp! Bagi sesiapa yang nak lagi masam bolehla tambah perahan limau nipis, saya tak tambah pun sebab epal hijau tu pun dah masam😅 Boleh la makan dengan nasi panas² dapat rasa epal fresh. Kalau korang nak makan lambat lagi, saya nasihatkan simpan dalam peti sejuk dulu sebab takut basi. Apa² pun selamat mencuba 🥰
Kredit: Zaidatul Aribah
Comments
Post a Comment