Posts

Showing posts from September, 2020

Resepi Rempeyek Rangup Marbeles 😊

Image
Puas hati buat sendiri.Letakla bilis 10 ekor ke.Kacang 10 biji.Favourite nya.Ni kerja suami yg mmg mahir bab merempeyek 😊 Wah!ye sy share resepi.Tapi ni sukatan orang rumah.Mcmnila lebih kurang caranyaπŸ˜‰ 3 cawan tepung beras (sy guna cap Gajah) 1 cawan tepung ubi 2 sudu (B) tepung jagung ¹/² cawan Ketumbar (blend kering) 1 sudu (B)jintan manis (blend kering) 200g udang kering (blend kering) 2 biji telur 1 cawan santan Garam secukup rasa Air agak²,bancuhan jangan pekat,jangan cair sangat. Bancuh sahaja semua adunan di atas.dan boleh start mgoreng.Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera. Selamat mencuba 😊 Credit : Suhada Ghads

Resepi Ayam Masak Cili Kering

Image
Rasa pedas dan masam2 manis..  #Alhamdulillah😊 #sumber resepi Dari Mingguan wanita Cara2nya: ➡️Ayam dipotong kecil2 gaul dgn tepung jagung dan telur.. goreng dan toskan ➡️Tumis cili kering potong dlm 10 biji & daun kari sampai garing ➡️masukkn bawang merah, bawang putih &cili padi hiris ➡️masukkan bahan2 sos & sedikit air ➡️garam & gula ➡️last masukan ayam & bawang merah yg dipotong 4

AYAM TANDOORI SEDAP!

Image
Sapa suka makan Ayam Tandoori ? Disebabkan ada peminat tandoori ini payung lagi sekali resepi. Perap sesiap.Sebab dah direbus setengah masak jadi proses pembakaran jadi sekejap. Tandoori Chicken. Perap pun dah berbau wangi. Bahan-bahan Utk 2 ekor ayam dipotong 4 atau peha saja 8 keping besar dikelar direbus setengah masak. Angkat toskan, biar sejuk. Air rebusan jgn byk sgt. Kukus pun bole. Klu tak mahu rebus/kukus biarkan cenggitu saja. Bahan tumbuk halus 1 labu bawang putih 2 ruas jari halia. Masukkan ke dlm ayam tadi. Tambah 1 sdb serbuk cili atau serbuk Paprika. Klu nak pedas tambah lagi 1sdb. 1 sdb lada hitam berbijii halus dlm botol atau lada sulah 1 sdb serbuk jintan manis 1 sdb serbuk jintan putih 2 sdb serbuk ketumbar 1 sdb serbuk kunyit 1 sdb garam masala 1 sdb garam 1 sdb serbuk Maggi 1 biji lemon ambil jusnya saja 2 bekas kecil plain yogurt seberat 110 gm setiap satu. 1 genggam daun mint. Kisar dulu bagi halus. Tak dak tak payah. Pewarna merah dlm botol kecil. Bkn sirap Rose

Resepi Nasi Ulam πŸ˜πŸ‘

Image
Bahan-bahan: Nasi putih Ikan talang masin Kerisik ( Buat sendiri sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus) Bunga kantan ( hiris halus ) Ikan kembung ( bakar di ambil isinya ) Lada hitam Bawang merah kecik ( hiris halus ) Serai ( hiris halus ) Lengkuas ( racik halus ) Halia ( racik halus ) Ulam-ulaman (daun selom, daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, bunga kantan, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga dan macam-macam lagi daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati) Cara penyediaan: 1. Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin. 2. Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan. 3. Potong halus-halus bawang, bunga kantan, lengkuas, halia dan serai. 4. Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yg dah dibakar ( ambil isinya) 5. Kemudian, semua ulam-ulaman daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin, dan sedikit garam halus. 6. Selepas sebati, baru digaul dengan nasi putih. Siap. Selamat mencuba Kredit : Xeela Xc &am

RESIPI RAHSIA GULAI IKAN PADU TAK CUKUP SEPINGGAN NASI.

Image
Kekna masak gulai ikan ni memang tak pernah cukup sepinggan nasi. Mrmang alamat kena tambah tambah semua orang di buat yee. Hahaha.  Resipiii ni memang lain dari lain sikit tau. Yang penting gulai ikan ni memang Kekna tak pakai santan langsung yee. Tapiii pekat likat diaaa  MasyaALLAH TabarakaALLAH memang mabeles sedapp giler. Bahan bahan : Ikan ikut la jenis apa yang korang suka. Sepeket rempah kari ikan Sesudu kari daging Bawang merah yang di kisar. Bawang merah di hiris Bawang putih di hiris Halis seinci di hiris Daun kari Halba Dua sudu sos tiram di bancuh dengan air. Air asam jawa Garam Cara Cara : 1. Rempah kari tu di bancuh bersama dengan bawang merah yang di kisar.  2. Tumiskan halba, bawang merah, putih dan halia yang di hiriskan tadi tu bersama daun kari. 3. Setelah naik bau masukkan rempah yang di bancuh tadi. Tumis sampai naik bau dan garing.  3. Selepas tu masukkan sos toram yang di bancuh tadi bersama air asam jawa.  4. Biarkan sampai likat pekat selepas tu baru masukkan

Cara membuat Sambal Totok Jawa Petai

Image
Sambal Totok Jawa dengan petai rangup. Tengok gambar mesti boleh buat lepas ni. Awas! Boleh jadi ejen penambah nasik! Bahaya untuk diet anda.πŸ˜… Credit : Rafiza Idayu

RESEPI SHELL OUT HOMEMADE

Image
BLEND :- - Bawang besar 2biji - Cili kering ( satu genggam ) - Bawang putih 3ulas 1) Panaskan minyak sedikit & masukkan bahan yang blend tadi. 2) Tunggu sambal naik minyak masukkan rempah kari daging ( 2sudu ) sehingga betul2 pekat . Masukkan gula , garam & perisa secukupnya 3) Masukkan ketam . Gaul rata Ketam 4) Masukkan sotong . Gaul rata Sotong 5) Tunggu 5minit dan masukkan lala . Gaul rata Lala 6) Last sekali masukkan udang , bunga kobis & brokoli & gaul rata ( jangan letak air dulu ) 7) (**Optional) Kalau ada jagung rebus..  boleh potong dan masukkan sekali. ** air tak payah letak sbb nt udang dan sotong akan keluarkan air ** Kredit nur syafiqin