Resepi Nasi Ulam ππ
Bahan-bahan:
Nasi putih
Ikan talang masin
Kerisik ( Buat sendiri sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus)
Bunga kantan ( hiris halus )
Ikan kembung ( bakar di ambil isinya )
Lada hitam
Bawang merah kecik ( hiris halus )
Serai ( hiris halus )
Lengkuas ( racik halus )
Halia ( racik halus )
Ulam-ulaman (daun selom, daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, bunga kantan, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga dan macam-macam lagi daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati)
Cara penyediaan:
1. Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin.
2. Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan.
3. Potong halus-halus bawang, bunga kantan, lengkuas, halia dan serai.
4. Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yg dah dibakar ( ambil isinya)
5. Kemudian, semua ulam-ulaman daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin, dan sedikit garam halus.
6. Selepas sebati, baru digaul dengan nasi putih. Siap.
Selamat mencuba
Kredit : Xeela Xc & eyta omar
Comments
Post a Comment