AYAM TANDOORI SEDAP!
Sapa suka makan Ayam Tandoori ?
Disebabkan ada peminat tandoori ini payung lagi sekali resepi.
Perap sesiap.Sebab dah direbus setengah masak jadi proses pembakaran jadi sekejap.
Tandoori Chicken.
Perap pun dah berbau wangi.
Bahan-bahan
Utk 2 ekor ayam dipotong 4 atau peha saja 8 keping besar dikelar direbus setengah masak. Angkat toskan, biar sejuk. Air rebusan jgn byk sgt. Kukus pun bole. Klu tak mahu rebus/kukus biarkan cenggitu saja.
Bahan tumbuk halus
1 labu bawang putih
2 ruas jari halia.
Masukkan ke dlm ayam tadi.
Tambah
1 sdb serbuk cili atau serbuk Paprika. Klu nak pedas tambah lagi 1sdb.
1 sdb lada hitam berbijii halus dlm botol atau lada sulah
1 sdb serbuk jintan manis
1 sdb serbuk jintan putih
2 sdb serbuk ketumbar
1 sdb serbuk kunyit
1 sdb garam masala
1 sdb garam
1 sdb serbuk Maggi
1 biji lemon ambil jusnya saja
2 bekas kecil plain yogurt seberat 110 gm setiap satu.
1 genggam daun mint. Kisar dulu bagi halus. Tak dak tak payah.
Pewarna merah dlm botol kecil. Bkn sirap Rose.
Cara-cara
Gaul semua bahan2 di atas sehingga sebati.
Perap. Lagi lama perap lagi sedap.
Lapik tray dgn aluminium foil dan sapu mentega atau minyak jagung. Minyak masak biasa pun bole la.
Bakar setengah jam atau sehingga masak.
credit resepi Makcik Ratu.
Comments
Post a Comment