Posts

Showing posts from August, 2020

Resepi Laksa Penang Asli 🍜

Image
Bahan-bahan kuah Ikan kembung sekilo (rebus guna noxxa high pressure 1 jam) Bahan-bahan kisar 3 biji bawang besar Halia seinci Belacan seinci Cili kering anggaran satu genggam (gunting dan rebus) Bahan-bahan perasa Daun kesum segenggam 2 batang bunga kantan 2 keping asam keping kredit: Resepi Santai II

CHAR KUEY TEOW πŸ˜‹

Image
Makan panas-panas sedap wuuu. Kuah pula banjir semangkuk πŸ‘πŸ» 1. Kuey teow (cuci toskan) 2. Cili kering & bwg besar (dblend) (Bhn² tumis,cili sos,kicap manis,kicap pekat,sos tiram) 3. Bwg putih ketok².. 4. Taugeh & kucai 5. Telor.. 6. Udg direbus (asingkn air) 7. Kerang (direbus) kredit: PenMerahdotcom

RESIPI SUP DUMPLING HOMEMADE πŸ₯Ÿ

Image
Siapa yang tk pernah cuba dumpling lagi, korang wajib cuba! Sebab serious sedapp gila. Sis selalu craving makanan ni tau haih 🀀🀀 Kulit dumpling (dumpling pastry segera) secukupnya Bahan inti : 300gm isi ayam cincang 1/2 batang lobak merah - sagat 1 biji bawang besar - cincang halus 4 ulas bawang putih - cincang halus Daun sup & daun bawang - potong halus 2 sudu makan serbuk lada sulah 3 sudu makan minyak bijan 2 sudu makan serbuk cukup rasa 1 sudu teh garam dan gula Bahan sup dumpling : 6 ulas bawang putih - ketuk & cincang 1 inci halia - ketuk & cincang 1 sudu teh minyak bijan Sedikit serbuk lada sulah 1/2 kiub pati ayam Garam dan gula secukup rasa 1 mangkuk air 1. Untuk menyediakan dumpling satukan semua bahan inti dan gaul sebati. Perap selama 10 minit. 2. Letak inti pada pastri dan kelim ikut kreativiti. Boleh rujuk youtube untuk tengok cara-cara kelim dumpling yang mudah dan sempurna. 3. Susun dumpling dalam pinggan atau bekas bersesuaian. Kukus selama 10 minit. Elak

SAMBAL UDANG PETAI SIMPLE DAN SEDAP!

Image
 ‍‍‍‍ ‍‍‍ Nak buat sambal udang petai sebenarnya simple je. ‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍Cuba follow resepi Kak Long ni confirm sedap.. Nanti mesti ada yang tambah nasi 2 3 kali😍😍 Bahan2 yang digunakan : ½ kg udang Petai ( 3 papan @ikut suka) ½ biji bawang besar dihiris untuk tumis Cili sos Sos tiram Garam secukup rasa Bahan blend : 8 biji bawang kecik 10 ulas bawang putih Segenggam cili Kering Cara² nya. 1- Goreng sebentar petai Dalam 3-5 saat 2- tumis bawang besar yang dihiris 3- masukkan bahan blend tadi dan kacau sehingga Naik minyak. 4- Masukkan ½ cawan air 5- Masukkan 1½ sudu cili sos, Dan 1 sudu sos tiram 6- masukkan sedikit air 7- Masukkan udang dan kacau rata 8- masukkan air sedikit lagi 9- Masukkan petai dan gaul sebati 10- Masukkan garam secukup rasa Yeaaay ready untuk dihidang! πŸ“Έ Port Resepi

RESEPI SPONGE CAKE IKUT BAJET

Image
Ramai yg tanyer resepi sponge cake utk buat kek bajet.. saya share ya.. 90g tepung gandum + 1sk serbuk penaik (baking powder) 65g gula caster 1sb susu tepung 2biji telur 1sb ovelate 1sk asen vanilla *Satukan semunya skali dalam mixer (guna level 1).. apabila tepung dah rata then putar sampai kembang btukar warna jadi putih (guna level 3/4) supaya kek sponge akan mengembang naik atas.. mcm dlm gambar ☺ *Last skali masukkan minyak masak 4sb.. gaul dengan spatula je bagi rata.. pastu boleh masukkan ke dalam loyang 6/7inc *bakar 170c masa dlm 40minit (suhu n masa ikut oven masing2) Guna api atas bawah ye *saya guna whipping cream non dairy utk lepa kek (sedap n tak muak bdk2 mesti suka) pastikan whipping cream betul2 sejuk baru mixer dgn high speed.. #KekBudget #KekBudgetRM10 #KekBudgetKuching #KekBudgetSarawak credit : Siti Arfiyah Abd Jalil 

RESEPI SIEW PARK CHOY BERSOS TIRAM

Image
Bahan-bahan: Sayur Siew Pak Choy 3 sudu makan sos tiram 10 ulas bawang putih – dicencang 5 sudu minyak masak Semangkuk air Cara-cara: 1. Panaskan air dalam kuali leper dan rebus sayur untuk 1 minit. Angkat dan toskan. Letakkan dalam bekas. 2. Letakkan sos tiram di atasnya. 3. Ambil kuali dan panaskan minyak. Masukkan bawang putih yang telah dicencang. Masukkan juga sedikit sos tiram. Goreng hingga garing dan angkat. 4. Taburkan di atas sayur tadi dan bolehlah dihidang.

RESEPI DALCA DAGING

Image
Bahan-bahan : -500 gram daging -4 sudu besar rempah kari daging -4 sudu brsar cili kering blend -3 cawan santan -180 gram kacang dhal -3 biji kentang, kupas kulit dan potong 4 -2 biji cili hijau/merah -4 tangkai kacang panjang, potong panjang 2 inci -3 biji terung panjang, belah 2 dan potong panjang 2 inci -1 biji tomato, potong 4 -2 biji karot, potong memanjang -2 tangkai daun kari -asam keping/ air asam jawa Bahan untuk kisar halus : -4 ulas bawang putih -2 inci halia -2 biji bawang besar Bahan untuk mayang halus : -3 ulas bawang putih -2 inci halia -4 biji bawang merah( kecil) Bahan untuk rempah tumis : -1 batang kayu manis -2 biji bunga lawang -5 biji buah pelaga Cara-cara : Cara untuk memasak Dalca: -Rebus kacang dhal sehingga lembut. -Rebus daging sehingga lembut dan hiris nipis. Jangan buang airnya. -Panaskan minyak. Tumis bahan mayang dan kisar halus, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga naik bau. -Kemudian masukkan pula rempah kari, cili kering dan masak sehingga pecah mi

Resepi Ayam Goreng Ala-Ala Mekdi

Image
  Terjumpa resepi ayam guringggg ala-ala Mekdi. Nanti nak try laaaaa makan petang² ni best jugakk πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ Dah berapa kurun tak pegi Mekdi , kita buat kat rumah ajela 🀣 πŸ“Έ respective owner

Resepi Bebola Ayam Cheese

Image
Cuma guna 4 bahan jer.. boleh hasilkan menu yang menarik untuk anak2 anda.. Anak2 pasti suka.. Resepi Bebola ayam cheese Bahan² Mozzarella cheese secukupnya Daging burger secukupnya Breads crumps secukupnya Telur 1 biji Cara2nya 1. Sediakan bahan yang diperlukan 2. Potong daging burger kepada 4 bahagian 3. Potong cheese 4. Masukkan cheese dalam daging burger 5. Bulatkan 6. Celup bebola dalam telur 7. Kemudian celup dalam serbuk roti 8. Goreng menggunakan minyak panas sehingga kekuningan.. 9. Sedia untuk dinikmati bersama yang tersayang.. Kredit: Syafieqa Ieka