RESIPI SUP DUMPLING HOMEMADE 🥟




Siapa yang tk pernah cuba dumpling lagi, korang wajib cuba! Sebab serious sedapp gila. Sis selalu craving makanan ni tau haih 🤤🤤


Kulit dumpling (dumpling pastry segera) secukupnya

Bahan inti :

300gm isi ayam cincang

1/2 batang lobak merah - sagat

1 biji bawang besar - cincang halus

4 ulas bawang putih - cincang halus

Daun sup & daun bawang - potong halus

2 sudu makan serbuk lada sulah

3 sudu makan minyak bijan

2 sudu makan serbuk cukup rasa

1 sudu teh garam dan gula


Bahan sup dumpling :

6 ulas bawang putih - ketuk & cincang

1 inci halia - ketuk & cincang

1 sudu teh minyak bijan

Sedikit serbuk lada sulah

1/2 kiub pati ayam

Garam dan gula secukup rasa

1 mangkuk air

1. Untuk menyediakan dumpling satukan semua bahan inti dan gaul sebati. Perap selama 10 minit.

2. Letak inti pada pastri dan kelim ikut kreativiti. Boleh rujuk youtube untuk tengok cara-cara kelim dumpling yang mudah dan sempurna.

3. Susun dumpling dalam pinggan atau bekas bersesuaian. Kukus selama 10 minit. Elakkan letak dumpling terus pada periuk kukusan kerana nanti akan melekat.

4. Bila dumpling siap dikukus, boleh terus dinikmati bersama sos kicap atau digoreng.

5. Bagi menyediakan supaya, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian tuang satu mangkuk air.

6. Masukkan bahan2 sup yang lain. Masak hingga mendidih.

7. Masukkan dumpling yang siap dikukus tadi. Biarkan selama 2-3 minit.

8. Tabur hirisan daun bawang dan boleh padamkan api.

9. Untuk rasa lebih enak, sup dumpling ini boleh dinikmati bersama sos cili thai yang telah dicampur dengan sedi












Kredit: Wany Lifa

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN LOLOL RIDER

HOKKAIDO baked Cheese Tart Durian.

RESEPI KEK LUMUT CHEESE