SAMBAL UDANG PETAI SIMPLE DAN SEDAP!
Nak buat sambal udang petai sebenarnya simple je.
Cuba follow resepi Kak Long ni confirm sedap.. Nanti mesti ada yang tambah nasi 2 3 kali😍😍
Bahan2 yang digunakan :
½ kg udang
Petai ( 3 papan @ikut suka)
½ biji bawang besar dihiris untuk tumis
Cili sos
Sos tiram
Garam secukup rasa
Bahan blend :
8 biji bawang kecik
10 ulas bawang putih
Segenggam cili Kering
Cara² nya.
1- Goreng sebentar petai Dalam 3-5 saat
2- tumis bawang besar yang dihiris
3- masukkan bahan blend tadi dan kacau sehingga Naik minyak.
4- Masukkan ½ cawan air
5- Masukkan 1½ sudu cili sos, Dan 1 sudu sos tiram
6- masukkan sedikit air
7- Masukkan udang dan kacau rata
8- masukkan air sedikit lagi
9- Masukkan petai dan gaul sebati
10- Masukkan garam secukup rasa
Yeaaay ready untuk dihidang!
📸 Port Resepi
Comments
Post a Comment