Posts

Showing posts from May, 2020

Resepi Kimchi Yang Sedap Menusuk Kalbu

Image
Permintaan orang2 dalam rumah ni yg mengidam makanan Korea.... Peram dulu 3 hari nanti boleh buat makan dgn nasi/bubur or ramen Korea weekend nanti ..🙈 Cikgu Korea bagi tips kalau nak sedap peram dalam bekas tembikar.. Tapi bekas xde,pakai je la Tupperware apa yg ada... 🙈 Ada ke peminat kimchi kat sini? say hi sikittt.....🙋🏻‍♀️ Resepi Kimchi (Utk 4-5 org makan maybe 2-3kali boleh tambah hehe) Kobis cina (rendam dlm air garam 2jam, basuh 3x n toskan) Sebatang carrot Daun bawang Sepeket serbuk cili.(saya guna brand babas) 2 sudu gula 5 sudu sos ikan Bahan blend: Bwg besar Bawang putih Halia Buah Lai....kalau xde,epal pon boleh... Cara-caranye: -Sediakan besen besar supaya senang nk gaulkan bahan2. -Masukkan bahan yg diblender bersama sepeket serbuk cili (saya letak sepeket 125g ,blh kurangkn bg yg x suka pedas).2 sudu besar gula dan 5 sudu besar sos ikan. Gaul sebati. -Tak perlu tambah garam sbb sos ikan dh masin n kobis tu pon dah direndam dgn 1/4 cawa

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT TOMYAM

Image
Bahan-bahan 3 ekor ikan cencaru di belah atas 1 peket pes tomyam adabi 1 batang serai 1 biji bawang merah 2 helai daun limau purut 2 biji cili padi Sedikit garam Cara penyediaannya 1. Tumbukkan serai dan bawang hingga lumat dan masukkan cili serta daun limau purut. 2. Selepas itu, tambah pes tomyam dan sedikit garam. Kacau mesra sebati. 3. Sapu dan sumbat pada ikan. Biarkan ia selama 30 minit untuk bagi ikan rasa yang sedap. 4. Bakar dalam pembakar ajaib selama 20 minit ataupun sehingga masak dan garing. Selamat mencuba! kredit Bahiah Saripuddin

RESEPI LONTONG SEDAP 😋

Image
Lontong kali kedua sempena Syawal 😍 Kali pertama buat masa hari raya pertama. Dalam keadaan demam panas, syukur ada mak saudara yang sudi tolong kisar rencah sebab tak larat sangat. Kemudian gagahkan diri untuk masak makan ramai-ramai. Alhamdulillah. Cuma tekak orang demam, tak berapa nikmat sangat bila menjamah. Jadi, hari ni buat kembali dan alhamdulillah, puas hati ☺️ Cik Fieyza kongsi resipi andai ada yang belum pernah cuba buat.. Resipi ni hasil gabungan daripada beberapa resipi 😉 Nasi Himpit - rebus Bahan kisar : Bawang besar/ bawang putih/serai/lengkuas/halia/buah keras/kunyit hidup/udang kering/ikan bilis Lobak merah/kacang panjang/tauhu(goreng terlebih dahulu)/udang/pucuk(rendam sekejap)/tahun(suun)-basuh sahaja. Santan sekotak besar/kiub ikan bilis/asam keping/bahan perasa/telur rebus Sambal tumis ikan bilis/kuah kacang Caranya : Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masuk air utk kuah. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping. Masak hingg

Resepi Ayam Perap BBQ sedap😘😘

Image
Bahan-Bahan: 1 labu bawang besar 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia ½ inci lengkuas 2 batang serai 1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok) 3 sudu besar madu 1 sudu besar serbuk cili 3 sudu besar mentega/margerin or minyak 1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya) 2 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih) garam secukup rasa Cara Cara Dia :- 1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai 2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain. 3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik. Tambahan: Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga. Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap. Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg. BBQ lebih sedap diperap lebi

(RESEPI LENGKAP) = Char Kuey Teow Penang Style

Image
Bahan-bahan : (Char Kuey Teow) 500g kueyteow Jenis kecil (Penang style) 300g udang 200g kerang 150g taugeh 100g kucai 1 biji bawang merah (dikisar) 2 biji bawang putih (dikisar) 1 sudu cili giling 4 sudu sos char kuey teow 3 biji telur Air rebusan udang Garam secukup rasa Bahan-bahan : (Kicap paste) 200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! ) 250 ml air 4 biji bawang putih (dikisar) 6 sudu besar sos tiram 3 sudu kecil kicap pekat 3 sudu besar kicap manis 1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis 2 sudu kecil garam 1 sudu makan gula Bahan-bahan : (Sampingan) Cili jeruk Cili Merah (dihiris) Bawang Goreng ** Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih. Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja. Cara-cara : 1) Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya. Campurkan stok ud

Resepi Cucur Ikan Bilis Sedap 😘

Image
Kali kedua dah makcik buat kuih gunting dr 5 bungkus tepung adabi ikan bilis + 1kg tepung + 250gm butter + 2 bj telur + air sejuk + garam + aji. Rangop dan sedap dimakan. Kali pertama buat makcik ikut resepi asal. Terimakasih penyumbang resepi. 😘 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Resepi asal hanya guna 3 bahan 5 bgkus tepung adabi ikan bilis + 1kg tepung gandum + air sejuk dr pt sejuk + sedikit butter. Kredit: ‎Shamsiah Zain‎

🔥RESEPI LAKSA EXPRESS🔥

Image
Khas buat korang kalau tetamu datang mengejut.. ni lah yg korang hidang kat tetamu.. 😁 Untuk 3 atau 4 orang makan ye.. 😊 (THREAD) Apelagi tag geng korang Cc: cah cicah Bahan-Bahan 📜 1 Tin besar ikan sardin (saya guna mackerel) 📜Asam keping 📜3 sudu Cili boh (ikutlah nak pedas mana) 📜Daun Kesum 📜Belacan(kalau suka) 📜Sos ikan sikit bagi naikkan rasa Garam secukup rasa 📜Limau kasturi 📜Laksa basah Cara2nya 📜 lenyekkan ikan sardin tu dengan sos dia...( guna blender pun boleh) 📜Tumis cili boh + asam keping 📜Masukkan ikan sardin yg dah lenyek + daun kesom 📜sukat air ikut tin dia tu.. Saya letak 3@4 tin sebab nak kuah pekat... 📜Masak 20-25 minit.. Senang kan.. Dah siap..🍜 Rasa kuah ni macam "asam laksa" setelah diperah limau kasturi... 🍴 Selamat mencuba 😍

Aneka Resepi Masakan UDANG 🦐

Image
RENDANG UDANG GALAH Bahan-bahan: 1 kg udang galah(sederhana besar) 50 gram serbuk kunyit 100 gram bawang merah 30 gram bawang putih (dikisar) 50 gram buah keras (dikisar) 2 batang serai (dikisar) 30 gram halia (dikisar) 20 gram lengkuas (dikisar) 20 gram kunyit hidup (dikisar) 10 gram cili giling 2 biji santan pekat 50 ml air asam jawa 3 helai daun kunyit (dihiris halus) Minyak secukupnya Cara-cara: Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan. Selamat mencuba! Kredit Resepi : Cik Cikputeh Puteh Resepi udang khamped (resepi dari Thailand) 1kg udang (seeloknya udang besar @ ud