Resepi Kimchi Yang Sedap Menusuk Kalbu






Permintaan orang2 dalam rumah ni yg mengidam makanan Korea....
Peram dulu 3 hari nanti boleh buat makan dgn nasi/bubur or ramen Korea weekend nanti ..πŸ™ˆ
Cikgu Korea bagi tips kalau nak sedap peram dalam bekas tembikar.. Tapi bekas xde,pakai je la Tupperware apa yg ada... πŸ™ˆ
Ada ke peminat kimchi kat sini? say hi sikittt.....πŸ™‹πŸ»‍♀️

Resepi Kimchi
(Utk 4-5 org makan maybe 2-3kali boleh tambah hehe)

Kobis cina
(rendam dlm air garam 2jam, basuh 3x n toskan)
Sebatang carrot
Daun bawang

Sepeket serbuk cili.(saya guna brand babas)
2 sudu gula
5 sudu sos ikan

Bahan blend:

Bwg besar
Bawang putih
Halia
Buah Lai....kalau xde,epal pon boleh...

Cara-caranye:
-Sediakan besen besar supaya senang nk gaulkan bahan2.

-Masukkan bahan yg diblender bersama sepeket serbuk cili (saya letak sepeket 125g ,blh kurangkn bg yg x suka pedas).2 sudu besar gula dan 5 sudu besar sos ikan. Gaul sebati.

-Tak perlu tambah garam sbb sos ikan dh masin n kobis tu pon dah direndam dgn 1/4 cawan garam selama 2 jam.

-Bila dah sebati masukkan lobak Merah, dan daun bawang yang dah dipotong dlm 2cm. Gaul lagi bg sebati.

Last masukkan kobis yg telah ditoskan.gaul lagi bagi sebati maknanya menjadilah kimchi anda.....

Simpan dlm bekas bertutup tp jgn penuh sgt. Sbb kimchi akan keluarkan gas bila diperam...

Kalau nk cepat masam boleh peram kimchi dlm suhu bilik 2/3 hari.lepas tu boleh masukkan dlm peti ais utk tahan lama. Atau nk simpan terus dlm peti ais pon boleh.

Actually ini resepi kimchi yg paling simple and menggunakan bhn yg mudah didapati .










Selamat mencuba 🌹

Credit : Madamme Momsey

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN LOLOL RIDER

HOKKAIDO baked Cheese Tart Durian.

RESEPI KEK LUMUT CHEESE