Resepi Roti Butterschoth
Asalamualaikum anak mak🤩🤩 maaf semalam mak tido kat kg line slow xleh nak taip resepi.Setakat ni mak n team xde la bagus mana dalam penghasilan roti setakat jual sket2 atau korg nak buat tuk jualan cod ok je.tp mak xpakar roti tau jd mgkin byk yg korg boleh revise dan oter.Buat masa ni alhamdulillah lembut🥰🥰🥰🥰
roti butterschoth
sos butterscoth
1 cawan gula
1 cawan whipping dairy
3 sb golden syrup( bakery ade jual kalau xde xyah letak untuk warna cantik je)
1/4 cawan butter(3sb)
cara2:
cair kan gula sampai perang
masukkan whipping yg dah di panas kan
kacau sebati dan masuk kan butter
masuk golden syirup
kacau sebati sampai likat.
bia kan sejuk..
agak2 malas beli je sos butterscoth caramel tu kat bakery🤣🤣yg ni ko rajin hahaha
adunan doh
Nah Secret Recipe..
1kg- tepung(hight protein bagus)
20g- yis
1 biji - telur
100g - gula
15g - kfine/water roux/softner
10g - bread improver
secubit - garam
100g - majerin/butter
150g -susu tepung
ais - 250g
air- 300g
cara2
masuk semua bahan dalam bowl kecuali majerin
dah mix sebati guna mixer mata gegelung
masuk kan majerin dan mix sampai jd elastik
atau sampai nampk doh licin
keluakan dan timbang 1 doh 20g
rounding kan dan masuk dalam bekas yg korg pilih
ok dah kembang cantik sapu butter sket tabur kekacang.Spray air sket sebelum bakar
bakar suhu 170 masa 20-25 mnt bergantung oven masing2 ya
dah siap bg sejuk jap boleh lorek sos butterscoth td eh.Siap syg.Mak jual rm7.90 korg jual ikut la berat roti korg buat tau🤩
mak ajar kan cara paling mudah buat roti dan menjadi.Jadi mak doakan korg berjaya dgn cemerlang mencuba dan xtakut menjual lepas ni tau🥰salam syg dr mak
Kredit: Azlina Ina Fans
Comments
Post a Comment