Resepi Corndog Mozarella Leleh
Resepi Corndog Mozarella Leleh
Bahan-bahan:
1)Roti Buku (apa-apa jenama)
2)sosej
3)cheese mozarella block
4)nestum
5)telur
6)lidi satay
7)sedikit tepung dan air (untuk gam)
Cara-cara:
1)Potong sosej kepada dua atau tiga dan rebus kan seketika.
2)Hiriskan kerak2 roti dan canaikan roti sehingga nipis. Ketepikan seketika.
3)Cucuk sosej yg sudah siap
direbus dan cheese mozarella yang dipotong dadu.Cucukkan secara berselang-seli atau ikut kreativiti.
4)Setelah siap dicucuk,balut bersama-sama roti & gamkan dengan tepung yang telah dibancuh.Tepung tersebut jangan bancuh terlalu cair atau pekat,sekadar untuk melekatkan roti tu sahaja.
5)Celupkan ke dalam telur yang telah diletakkan sedikit garam.
6)Akhir sekali gorengkan sehingga keperang-perangan.Kalau nak lagi urmm tuang sedikit sos cili dan mayonis di atas corndog tu.
Kredit: Viral_Foodcrew





Comments
Post a Comment