Resepi Spaghetti Aglio Olio
Bahan-Bahan:
500 gram spaghetti (1 paket)
1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
5 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil
2 sudu besar chilli flakes
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 ketul kiub ayam
1 mangkuk besar udang, buang kulit
4 ekor sotong, buang lapisan kulit
capsicum hijau
capsicum merah
tomato kecil, potong 2 jika suka
daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis.
Cara Penyediaan:
1. Rebus spaghetti dan toskan.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
4. Kemudian masukkan udang dan sotong.
5. Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
6. Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.
Kredit: iresepi dot com
Comments
Post a Comment