Resepi Daging Masak Merah Ala Thai
Bahan-bahan:
Daging
Pewarna makanan merah (optional)
3-4 ulas bawang putih
Bawang besar
Lada besar
Cili kisar
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam
Gula
Cara-cara:
1. Rebuskan daging di dalam periuk bersama sedikit pewarna merah (optional).
2. Setelah daging masak, ketepikan dan biar sejuk sebentar.
3. Sambil menunggu daging sejuk, ketukkan bawang putih dan hiriskan cili besar dan bawang besar.
4. Setelah daging sudah sejuk, hiriskan daging nipis atau mengikut ketebalan yang anda inginkan.
5. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan hirisan daging sebentar tadi sehingga sedikit garing.
6. Apabila daging sudah garing, angkat daging dari kuali dan ketepikan seketika.
7. Seterusnya, tumiskan bawang putih dan cili kisar didalam minyak yang sama.
8. Setelah cili telah pecah minyak, masukkan sos tomato, sos cili. sos tiram dan 4 sudu air rebusan daging sebentar tadi ke dalam kuali yang sama.
9. Selepas itu, masukkan pula daging yang telah digoreng tadi dan letakkan garam dan gula secukup rasa.
10. Kemudian, masukkan cili besar dan bawang besar yang telah dihiris dan gaulkan sehingga sebati.
Daging masak merah ala thai anda pun sedia untuk dinikmati!
Kredit: resepimakananMY
Comments
Post a Comment