Resepi Ayam Gunting ala Uncle Bob
Bahan-bahan:
Bahan perapan:
Dada ayam (dipotong nipis)
4 sudu sos tiram
4 sudu serbuk BBQ atau sos lada hitam jenama Kimball
Sedikit jus perahan lemon atau limau
Bahan saduran:
Tepung serbaguna pedas atau original (Tepung Bistari)
Tepung ubi atau tepung beras
Sedikit serbuk roti
Bahan perasa:
Serbuk cili
Serbuk lada putih
Cara-cara:
1. Gaulkan bahan perapan dengan ayam dan perapkan selama 1 jam.
2. Dalam mangkuk besar, gabungkan semua bahan saduran dan gaul sehingga sebati.
3. Salutkan ayam dengan bahan saduran. Tumbukkan ayam dengan lesung batu untuk memastikan tepung melekat dengan padat.
4. Apabila ayam sudah siap disalut, gorengkan ayam sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan.
5. Taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili sebaik sahaja ayam sudah digoreng.
6. Selepas selesai mengoreng, gunting mengikut saiz yang anda suka dan ayam goreng sedia dinikmati.
Comments
Post a Comment