RESIPI NASI AYAM PADU TAK CUKUP SEPERIUK.






Kalau masak nasi ayam ni tak pernah cukup seperiuk habis di buat ye. Hahaha.

Sebenarnya kan resipi ni kan Kekna dapat dari mak sedara Kekna yang menjual nasi ayam tau. Nasi ayam dia kan MasyaALLAH TabarakaALLAH memang mabeles sedapp giler.

Sampai orang datang tak cukup kerusi meja laa penuh dia tau. Dalam diam diam Kekna minta resipi, Alhamdulillah mak sedara Kekna sudi berkongsi.

Moga ALLAH limpahkan rezeki berganda ganda kepada mak sedara Kekna sebab berkongsi resipi kan. Cara diaaa mudah sangat dan resipi ni lain dari lain jika korang baca satu per satu k.

Bahan Bahan Perapan Ayam. (A)
Ayam potong 2 bahagian atau 4 bahagian seekor tu.
Jintan manis*
Jintan putih*
Halia*
Bawang merah*
Bawang putih*
Serai*
Kunyit*
Garam*

Cara Cara :
1. Yang bertanda * di kisarkan sekali dan selepas di kisarkan perap bahan bahan tu selama lebih kurang sejam.
2. Ayam yang dah di perap, di rebuskan sehingga nampak siku ayam tu dah pecah boleh angkat la ye.
3. Toskan dan selepas tu ambil bahan perapan ayam tadi lumurkan semula dan goreng dalam minyak yang banyak sampai tenggelam ayam tu ye.
4. Goreng sehingga kekuningan dan angkat untuk di hidangkan.

Bahan Bahan Nasi. (B)
Beras di cuci.
Marjerin.
3 sekawan ( kayu manis, pelaga dan bunga lawang)
Daun pandan
Halia yang di katok.
Air rebusan perapan ayam.

Cara cara masak:
1. Panaskan marjerin dalam kuali tadi bersama dengan 3 sekawan, halia dan daun pandan.
2. Campurkan kesemua tu dalam periuk nasi bersama beras yang dah di cuci.
3. Air yang di rebus perapan tadi tu ambil di gunakan untuk di tambah dalam beras tadi.
4. Selepas tu boleh la biarkan nasi tu masak dan di hidangkan.

Bahan Bahan Sambal Cili. (C)
Cili merah besar*
Halia*
Bawang merah*
Bawang putih*
Sos cili*

Cara cara buat:
1. Kesemua bahan yang bertanda * di kisarkan dan selepas tu di masakkan atas dapur.
2. Tambah kan sos cili sedikit bersama garam secukup rasa.
3. Siap untuk di hidangkan.

Bahan Bahan Sambal Hitam (D)
Cili api*
Bawang putih*
Kicap*
Garam*

Cara cara:
1. Kisarkan kesemuanya dan selepas tu panaskan atas kuali.
2. Biar masak sampai air kering k.
3. Siap di hidangkan.

Bahan Bahan Sup (E)
Carrot
Kentang
Sup bunjut
Kiub ayam
Garam
Bawang putih
Bawang merah

Cara cara :
1. Bawang putih dan bawang merah di tumiskan dahulu sampai naik bau.
2. Masukkan sup bunjut.
3. Biarkan seketika dan tambahkan kentang serta carrot.
4. Masukkan kiub ayam dan tambah kan garam.
5. Siap untuk di hidnag bersama daun ketumbar, daun sup dan bawang goreng di tabur atasnya.

Dah siap semuanya boleh la di hidangkan untuk makan. Mudah je kan nak buat.

Di persilakan #SHAREE ye mana tau boleh membantu geng geng mak yang kekeringan idea nak masak di dapur tu kan. Boleh la cuba nasi ayam kompom tak cukup seperiuk tau. πŸ˜‚

#SayaSukaMasakSendiriDiDapur




















Credit : Zana Mokhtar

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN LOLOL RIDER

RESEPI KEK LUMUT CHEESE

Resepi Sos Black Pepper Viral