Resepi Cheezy Potato Wedges
Resepi Cheezy Potato Wedges
========================
1/2kilo ubi kentang cuci bersih
2sudu makan tepung gandum
2sudu makan tepung jagung
2sudu makan breadcrumb
1sudu teh serbuk kari
Sedikit garam
*potong baji ubi kentang dan gaul bersama garam&kukus lebih kurang 10minit
*toskan ubi kentang dan gaul bersama tepung gandum, tepung jagung, breadcrumb&serbuk kari
*panaskan minyak dan goreng hingga perang
*angkat dan tuangkan cheezy sos
Sos cheezy wedges ala ala kfc walau ala2 tapi rasa, warna& tekstur pun betul betul sama, cheese tu betul betul rasaπyang nak buat meniaga meatball, ayam cheese pun boleh
Sos Cheezy Wedges
================
1gelas susu fullcream@susu cair
1/2ketul keju cheddar(beqa)
2sudu butter
1sudu teh serbuk cili
1ketul kiub ayam
2sudu tepung gandum(bancuh dengan air)
1gelas air
Sedikit pewarna kuning@oren
Sedikit gula
*cairkan butter masukkan kiub ayam,serbuk cili dan air
*kacau sebati hingga larut dan masukkan susu cair, tepung gandum, keju dan pewarna(sentiasa kacau supaya tak berketul)
*masak hingga keju cair dan sedikit pekat
*simpan dalam bekas bertutup boleh masukkan dalam peti ais
kredit: raja amanina
Comments
Post a Comment