Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan sedap!






Menjilat jari weh! Dh 5kali ulang resepi ni sejak pkp. Padu habis anak2 ckp!

Bahan-bahan diperlukan:

Ayam setengah ekor (digoreng terlebih dahulu)
3 sudu besar Cili Giling (Boleh letak banyak kalau nak pedas)
1/2 batang Kulit Kayu Manis
3 ulas Bawang Putih (kisar)
1/2 inci Halia (kisar)
2 biji Bawang Merah Besar (kisar)
1/2 inci Lengkuas (kisar)
Sos cili
Sos Tomato
Pes Tomato
Garam & gula. (nak manis gula lebih)
1 labu bawang besar kuning (dihiris bulat)
Daun bawang (dihiris)
1 Pati kiub ayam
Gula melaka sepotong kecik
Air asam jawa
Kerisik (klu suka)

Cara-caranya:
Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis cili giling sehingga garing dan kegelapan! (wajib)
Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar bersama iaitu bawang putih, halia, bawang merah besar dan lengkuas. Sehingga betul betul garing dan sedikit gelap! (wajib)
Masukkan sos tomato, sos cili, pes tomato dan garam serta gula secukup rasa.
Biarkan mendidih sebelum di masukkan ayam yang telah di goreng..
Taburkan bawang dan daun bawang yang dihiris.
Gaulkan Siap dah untuk di hidang..!
Apa beza Pes tomato dan Sos Tomato?
Pes tomato letak banyak tak masam, macam sos tomato. So nak sedap lebihkan pes tomato dari sos tomato.

Nak senang tgk gambar bawah ni..





























Kredit Resepi & Foto : Tengku Noruakmal

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN LOLOL RIDER

RESEPI KEK LUMUT CHEESE

Resepi Sos Black Pepper Viral