Aneka Resepi RENDANG π
Resepi Rendang Ayam / Daging Ala Sarawak
Bahan A
1 ekor ayam / 1 kilo daging
Santan (1 biji kelapa)
4 helai daun kunyit (dihiris halus)
Kerisik (1/2 biji kelapa)
Bahan B
1 inci halia (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
10 biji bawang putih (dikisar)
½ camca tepung kunyit
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 batang serai (ditumbuk)
Beberapa biji cili padi (ikut selera sendiri)
Cara membuatnya
Cuci ayam/daging sampai bersih. Tos kan. Gaulkan semua bahan B dengan ayam / daging.
Masak ayam/daging sehingga keluar air ayam/daging itu sendiri. Masuk kan santan sedikit demi sedikit. Selepas itu masuk kan kerisik dan daun kunyit. Pastikan ayam/daging masak sampai empuk dan masuk kan garam dan ajinomoto(orang sarawak memang guna perasa) mengikut citarasa sendiri.
Akhir sekali biar kan air santan kering dan padam kan api apabila ayam/daging sudah benar2 masak.
RENDANG AYAM HIJAU
1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar-Yatie tambah
5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan.
Rendang Ayam Opah
BAHAN - BAHAN
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa
BAHAN - BAHAN DIKISAR
21 batang cili kering
2 labu bawang besar
4 ketul kunyit hidup
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
CARA - CARA MEMBUATNYA
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan dan ayam, gaul rata.
Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.
RENDANG TOK
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.
1 ½ kg ketul ayam (saiz ketulan ayam yang dibelah 16)
2 cawan santan sawit KHALIS (Boleh juga guna pati santan kelapa biasa)
200 gm kerisik
1 keping asam keping (asam gelugor)
Beberapa helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi merah, dipatahkan (opsyen)
3 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Bahan-bahan No. 2
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk cili halus
Air suam secukupnya
(Bahan-bahan no. 2 disatukan dan dibancuh dengan air suam, dijadikan pes)
Bahan-bahan No.3
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
5 cm halia
Air suam secukupnya
(Bahan-bahan No. 3 disatukan dan diblend halus)
Bahan-bahan ditumis:
1 senduk nasi minyak untuk menumis
2 batang serai – diketuk
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Penyediaannya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali besar. Tumis serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan No. 2 yang telah dijadikan pes. Kacau rata dan biarkan ia masak seketika (selama 5 minit) sehingga naik bau.
3. Masukkan pula bahan-bahan No. 3 yang telah dikisar halus dan dikacau rata. Masak sehingga terbit minyak.
4. Setelah terbit minyak bolehlah dimasukkan ayam. Kaup balikkan ayam dengan adunan rempah tadi sehingga bersalut. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah dimasukkan 1 cawan air. Perlahan api, dan biarkan ayam mereneh selama lebih kurang 10 minit.
5. Kemudian masukkan santan, kerisik, gula merah, garam secukup rasa, asam keping, daun limau purut dan cili padi merah. Kacau rata dan masak sehingga ayam empuk dan kuah agak pekat. Gunakan api yang sederhana dan kaedah mereneh.
6. Sekiranya suka rendang berkuah, janganlah masak sehingga kering. Sebaiknya setelah ayam telah empuk, bolehlah diangkat.
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih
Comments
Post a Comment