Posts

Showing posts from June, 2020

Resepi Kek Pelangi Kukus Sukatan Cawan Mudah & Sedap

Image
Rujukan Sukatan Cawan Yang Boleh Anda Ikuti Bahan-Bahan: 4 biji telur 200gm gula halus 1 sudu teh ovellete 200gm tepung gandum 1 sudu teh baking powder 100ml santan 100ml minyak masak/butter yang telah dicairkan Esen vanila Perisa dan pewarna Cara-Cara: 1. Ayak tepung bersama baking powder. 2. Pukul telur,gula dan ovellete hingga kembang dan putih. 3. Masukkan tepung, mix sebati. 4. Kemudian masukkan esen vanila, santan. Gaul rata. 5. Akhir sekali masukkan minyak. Gaul hingga sebati. 6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dibiarkan tanpa warna. 2 lagi bahagian diwarnakan dan diletak perisa yang disukai. 7. Gris loyang saiz 7, kemudian masukkan satu adunan kukus selama 10-15 minit. kemudian tuangkan adunan yang kedua, kukus selama 10-15 minit. akhir sekali tuang adunan yang ke tiga, kukus selama 20-25 minit. 8. Pastikan kukusan dipanaskan terlebuh dahulu menggunakan api sederhana. Kredit: Resepi Mutiara HATI

Resepi Sos Black Pepper Viral

Image
Pernah nampak gambar sos viral ni? Cikgu pun tak sangka merata-rata perginya resepi sos blackpepper cikgu pernah kongsi dulu. Jadi cikgu kongsikan lagi sekali dalam ayat lebih ringkas. Kawan yang dah pernah cuba sangat setuju resepi ini tersangat sedap. Kena sekali dengan citarasa. Langsung tak muak. Silakan resepi lengkapnya. 1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap). Tambahkan air suam 1 tin. 3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese. (Optional) Kalau ada lagi sedap. 4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. * jangan guna kicap masin* 5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula (Boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat) Ka

RESEPI SHELL OUT HOMEMADE

Image
BLEND :- - Bawang besar 2biji - Cili kering ( satu genggam ) - Bawang putih 3ulas 1) Panaskan minyak sedikit & masukkan bahan yang blend tadi. 2) Tunggu sambal naik minyak masukkan rempah kari daging ( 2sudu ) sehingga betul2 pekat . Masukkan gula , garam & perisa secukupnya 3) Masukkan ketam . Gaul rata Ketam 4) Masukkan sotong . Gaul rata Sotong 5) Tunggu 5minit dan masukkan lala . Gaul rata Lala 6) Last sekali masukkan udang , bunga kobis & brokoli & gaul rata ( jangan letak air dulu ) 7) (**Optional) Kalau ada jagung rebus.. boleh potong dan masukkan sekali. ** air tak payah letak sbb nt udang dan sotong akan keluarkan air ** Kredit Resepi : nur syafiqin

PUDDING CARAMEL TANPA TELUR TANPA KUKUS TANPA BAKAR

Image
Bahan-bahan: * 3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus) * 1 peket agar-agar serbuk (10g) * 4 cawan air * 1 cawan gula pasir * 1/2 cawan susu pekat manis * 1 tin susu cair * 3 sudu besar tepung kastard * 1 sudu kecil esen vanila Cara-cara: 1. Taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. KETEPIKAN. 2. Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul. 3. masukkan pula agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran no. 2 tadi. Pastu masak ler atas dapur. 4. Kacau sehingga bahan-bahan masak dan mendidih, kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus. 5. Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti ais. Lebih kurang 2 - 3 jam.... 6. Bila dah sejuk...letak dalam bekas secara terbalik...taraaaaa....gula hangus dah duk atass...cun jer. SeLAMAT MencuBA... Credit : Mawar Ali

❤RESEPI MI KUAH cara abah sis

Image
Resepi: Ayam / daging rebus dl smp empuk Bwg putih + lada hitam tumbuk Sotong, Udang, Fishball n telur Sayur, Tomato n cili Sos cili, Kicap, Sos tiram n Cuka Garam, gula n Mi sckupnya Cara : 1. Tumis bwg putih n lada hitam.. Masukn sos cili, kicap, sos tiram n cuka sckupnya.. 2. Masukkn ayam/daging bsama air rebusan. Nk kuah lbih tmbhkn lg air.. Kmdh masukkn sotong, udang n fishball.. Dh mndidih pecahkn telur. 3. Seterusnya masukkn sayur, buah tomato, hirisan cili n perisakn.. Last skali masukkn mi.. Tadaaa, siap.. *klu nk masak mi asing ngn kuah pn blh.. Mi juz celur je la skjp.. kredit: ct dihah

Resepi Kuih Inti Cari Dalam Mulut πŸ˜‹

Image
Siapa tau nama kuih ni? Biasa makan je tapi taktau nama apa. πŸ˜… sedap ! Inti dia cair dalam mulut perghh Resepi dalam komen BAHAN INTI: 2 biji telur 2 cawan santan ¾ cawan gula 2 sudu besar tepung kastard 2 sudu besar tepung jagung 2 helai daun pandan Secubit garam Sedikit pewarna hijau CARA MEMBUAT INTI: 1) Campur semua bahan kecuali daun pandan. Kacau guna whisk or sudu hingga sebat / rata. 2) Tapiskan dan masukkan ke dalam kuali. 3) Kemudian, masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat. Biarkan sejuk dahulu. BAHAN UNTUK KULIT: 2 cawan tepung gandum 2½ cawan air Sedikit garam 1 sudu kecil baking powder ½ sudu kecil soda bikarbonat 1 biji telur Sedikit pewarna kuning / hijau CARA MEMBUAT KULIT: 1) Campur kesemua bahan. Kisar dan tapiskan. 2) Masak seperti membuat kuih dadar atau pancake. Masak hanya sebelah permukaan sahaja ( tak perlu terbalikkan ). 3) Setelah masak angkat dan letak di dalam pinggan. 4) Isikan dengan inti kastard yan

Popia pepero. White coklat + oreo. πŸ’•πŸ’•

Image
Cara - cara buat : - kulit popia (apa2 brand tak kisah) - **kalau yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian -> gulung -> lekatkan ujung dia dengan air. - **kalau yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja -> lekatkan ujung dia dengan air. - goreng hingga keperangan. - Cairkan white coklat guna double boil , bila dah cair celup pada kulit kulit popia , pastu balut pula dengan oreo. - ** kalau guna coklat balutkan dengan badam sedap. - ** badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu πŸ˜†πŸ˜† - tak perlu letak dalam peti sejuk. - Siap πŸ’•πŸ’• Kredit: Adilah Bte Othman

Rendang Tok paling sedap!

Image
1 kilo daging 1 kilo santan 1/2 kilo kerisik 15 biji cili kering.. goreng dulu 4 barang serai Halia Lengkuas, 2 atau 3 biji bawang besar 5 bawang putih 4 biji buah keras Gula Melaka secukup rasa SEMUA BAHAN DI ATAS DI KISAR 2 sudu.b Jintan manis 2 sudu b Jintan putih 2 sudu ketumbar BAHAN ini disangai dulu Kemudian DIKISAR bersama bahan di atas Cara-cara: Perap daging yg dipotong besar dgn bahan tadi.. Biar sekejap Tumis rempah 4 beradik, buah pelaga bunga lawang cengkeh kilit kayu manis Masukkan daging gaul rata rata. Masukkan santan.. Gaul Dan masak dgn api perlahan Kalau mahu boleh tambah asam jawa sedikit dan daun kunyit. yg diracik. Juga 1 sudu rempah kari. . Selamat mencuba.. Kredit : Datin Asima Abdul Latif

Resepi choco jar.. πŸ€ͺ

Image
Harini buat chcocoooo jar. Mudah jer rupanya. Jd sumber rezeki hantar kat sekolah². πŸ€— Resepi ✔️ Bubble Rice ✔ Coklat beryl's milk compound ✔ Minyak masak 200ml utk 1kg coklat *nak sedap guna minyak canola Cara cara : 1) Bakar bubble rice 120c selama 10 minit atau lebih kurang.. Rasa rasa dah rangup. Kalau takde oven, sangai atas kuali pun boleh 2) Coklat cairkan dgn cara double boiled supaya tak hangit. Lepas dah cair, tuang minyak. Sukatan minyak, 100g coklat milk kompaun bersamaan 20ml minyak. 3) Biarkan coklat sejuk baru tuang atas bubble rice. Mcm sis buat malam, esok pagi baru tuang. Memang cantik terletak. *Kalau tuang panas panas, nanti lemau. Boleh tahan 3 minggu. Selamat mencuba πŸ˜‹ Bubble rice boleh beli kat kedai bakery. Kredit: ‎Aisyah Rahman‎